global

Mekanik cipta motor patuh penjarakan

Oleh Agensi

New Delhi: Seorang mekanik di India, kreatif memanfaatkan kemahirannya mencipta motosikal mesra penjarakan sosial berkelajuan 40 kilometer sejam (km/j).

Partha Saha, 39, dari negeri Tripura mengeluarkan simpanan bagi mencipta kenderaan dengan jarak satu meter antara pembonceng dan penunggang.

Ia digunakan bagi menghantar anaknya ke sekolah apabila tempoh perintah berkurung di negara itu ditarik balik.

Katanya, inisiatif berkenaan dilakukan selepas menyedari kepentingan penjarakan sosial untuk pengguna motosikal ketika Covid-19.

"Saya beli motosikal buruk dari penjual barang lusuh sebelum keluarkan enjin dan potong dua bahagian.

"Kemudian saya gunakan batang besi lebih satu meter bagi menyambung dua bahagian antara tempat duduk penunggang dan pembonceng," katanya.

Saha berkata, motosikal itu menggunakan kuasa bateri yang mengambil masa tiga jam untuk pengecasan bagi menampung perjalanan 80 kilometer.

"Kos sekali cas 10 rupee (kira-kira RM0.60).

"Kini, saya boleh membonceng anak perempuan saya berumur lapan tahun tetapi masih mematuhi penjarakan sosial.

"Saya tak mahu dia naik bas sekolah dalam keadaan sesak," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 4, 2020 @ 6:00am
    d