global

Indonesia catat 395 kes baharu Covid-19

Oleh Agensi

Jakarta: Kes Covid-19 di Indonesia masih menunjukkan pertambahan angka sehingga 12 tengah hari ini.

Hari ini, sebanyak 395 kes jangkitan baharu direkod menjadikan keseluruhan kes 11,587.

Jurucakap Covid-19 Indonesia, Achmad Yurianto berkata, daripada jumlah itu, seramai 78 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang bebas wabak itu menjadi 1,953 orang.

Katanya, mereka yang disahkan sembuh sudah menjalani dua kali ujian dengan keputusan negatif.

Beliau berkata, bagi tempoh dua hari sejak semalam hingga hari ini, seramai 19 pesakit meninggal dunia dengan jumlah keseluruhan kematian adalah 864 orang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 4, 2020 @ 5:57pm
    d