global

Covid-19: Jumlah kematian lepasi 250,000

Oleh BERNAMA

New York: Seramai 250,134 orang di seluruh dunia maut akibat Covid-19.

Agensi berita Xinhua melaporkan jumlah itu berdasarkan data Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, sebanyak 3,571,615 kes dilaporkan di lebih 180 negara dan wilayah.

AS melaporkan kematian tertinggi iaitu 68,387 orang.

Negara lain seperti Sepanyol, Itali, Britain dan Perancis pula masing-masing mencatatkan lebih 20,000 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 5, 2020 @ 12:29pm
    d