global

13 negara masih bebas Covid-19

Oleh Agensi

Dubai: Covid-19 sudah menjangkiti lebih 3.6 juta orang di seluruh dunia dan menyebabkan 252,000 kematian.

Angka itu berdasarkan data dari Pusat Kajian Koronavirus Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS).

Virus itu dilaporkan sudah menular ke 210 negara dan wilayah, sejak ia mula dikesan di China, pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, setakat 4 Mei, terdapat 13 negara yang masih bebas daripada pandemik berkenaan.

Negara itu adalah Korea Utara, Turkmenistan, Lesotho, Solomon Island, Vanuatu, Samoa dan Kiribati.

Micronesia, Tonga, Marshall Islands, Palau, Tuvalu dan Nauru.

Majoriti negara ini adalah kepulauan kecil di tengah lautan dan ada yang masih dalam naungan dan jajahan Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.

Sejak penularan Covid-19, banyak pihak mempertikaikan ketiadaan laporan jangkitan virus itu di Korea Utara.

Bagaimanapun, ia dikatakan disebabkan oleh status negara itu yang menjadi 'negara paling terasing' di dunia.

Selain itu, Turkmenistan pula menjadi negara yang paling sukar dilawati dan 'menutup pintu' kepada negara luar.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Disiarkan pada: May 6, 2020 @ 7:30am
    d