global

Warga emas tuntut keadilan daripada anak

Oleh Agensi

Beijing: Memilukan ketika warga emas seusia mereka hidup sejahtera di samping anak cucu, satu pasangan di Henan, China ini pula terpaksa 'mengemis' dengan anak kandung sendiri yang mengabaikan kebajikan mereka.

Anak itu bukan saja tidak mempedulikan lagi orang tuanya, malah tidak mengirim wang bertahun-tahun walaupun memiliki banyak harta.

Dia layak digelar si tanggang yang tak berhati perut apabila sanggup membiarkan orang tuanya itu turun naik mahkamah mendapatkan keadilan di usia senja mereka.

Berdasarkan laporan asal agensi berita tempatan, Sohu yang dipetik Oddity Central, pasangan Zhang masih tidak putus asa berjuang mendapatkan hak dan bergantung kepada sistem keadilan bagi membantu mereka.

Selepas beberapa kali turun naik mahkamah, anak lelaki pasangan itu diarahkan mahkamah daerah pada 10 Mei tahun lalu membayar sejumlah wang kepada ibu bapanya setiap bulan, namun dia masih ingkar.

Kecewa dengan sikap anak, warga emas berusia 70-an itu meminta campur tangan pihak berkuasa untuk memaksa anaknya itu mengikut perintah mahkamah.

Disiarkan pada: May 7, 2020 @ 6:30am
d