global

Singapura melonjak kepada 21,707 kes

Oleh Agensi

Singapura: Angka jangkitan Covid-19 di Singapura hari ini terus melonjak kepada 21,707 kes.

Memetik Channel News Asia, republik itu merekodkan pertambahan 768 kes baharu yang dilaporkan tengah hari ini.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, daripada jumlah itu 10 kes membabitkan warga republik itu atau penduduk tetap.

Katanya, sebilangan besar kes dilaporkan daripada pemegang permit kerja yang menghuni asrama pekerja asing.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 8, 2020 @ 6:55pm
    d