global

Pemenang loteri baiki kereta secara percuma

Oleh Agensi

London: Bekas pemenang loteri di United Kingdom menawarkan khidmat membaik pulih kerosakan kenderaan petugas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NSH) secara percuma.

Jamie Heavens, 26, dari Northbourne, Bournemouth menggunakan hasil kemenangan pada 2016 itu dengan membuka syarikat membaik pulih kenderaan.

Bagi menghargai barisan petugas hadapan, dia menawarkan khidmat percuma itu ketika kesukaran berdepan pandemik ini.

"Saya tahu kakitangan NHS melakukan kerja terbaik dan saya mahu buat sesuatu untuk menghargai mereka.

"Ini masa yang sangat mencabar buat semua orang dan kami harap dapat membantu sedaya-upaya.

"Ini sumbangan kecil saya untuk membalas semula kepada masyarakat dan saya harap orang lain dapat buat perkara sama," katanya memetik portal Mirror Online.

Empat tahun lalu, Jamie muncul jutawan muda apabila memenangi Loteri Kebangsaan, Millionaire Riches Scratchcard bernilai 1 juta Pound Sterling (RM5.4 juta).

Jamie yang tinggal bersama isterinya, Danielle, 25 dan anak mereka Hughie di banglo mewah berkata, kemenangan itu mengubah keseluruhan hidupnya.

Disiarkan pada: May 9, 2020 @ 6:31am
d