global

Indonesia catat 533 kes baharu Covid-19

Oleh Agensi

Jakarta: Angka kematian akibat Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 959 dengan jumlah kes positif virus itu kini berjumlah 13,645.

CNN Indonesia melaporkan, seramai 2,607 pesakit dilaporkan sembuh daripada daripada wabak berkenaan.

Bilangan kes direkodkan itu meningkat sebanyak 533 berbanding semalam, mereka yang sembuh bertambah kepada 113 manakala 16 lagi meninggal dunia.

Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, jumlah itu adalah data yang direkodkan sehingga jam 12 tengahari tadi.

"Jumlah kes positif yang kita perolehi setakat jam 12 tengahari tadi adalah seramai 13,655 pesakit," katanya.

Sehingga kini, Jakarta dan Jawa Barat merekodkan jumlah kes tertinggi di Indonesia.

Berikutan itu, kedua-dua daerah berkenaan melaksanakan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 9, 2020 @ 6:13pm
    d