global

Kadar pengagguran AS paling teruk

Oleh AFP

Washington:Amerika Syarikat (AS) berdepan kadar kehilangan pekerjaan paling teruk dalam sejarah akibat pandemik Covid-19 ketika Eropah dilihat menutup sempadannya untuk sebulan lagi.

Kira-kira 20.5 juta hilang pekerjaan pada April iaitu paling teruk pernah berlaku, sekali gus mengakibatkan tahap pengangguran meningkat kepada 14.7 peratus menjadikan ia paling tinggi sejak Era Kemelesetan Besar.

Penduduk berharap keadaan buruk sudah berakhir dengan pandemik itu membunuh lebih 270,000 orang, manakala AS meluluskan ujian air liur di rumah untuk mempercepat diagnosis Covid-19.

Bagaimanapun selepas beberapa minggu separuh penduduk dunia dilarang untuk melaksanakan kehidupan normal, kesannya begitu menyakitkan apabila ekonomi dunia mengalami kemerosotan paling teruk dalam hampir satu abad.

AS selaku negara kuasa ekonomi terbesar dunia, merana gara-gara serangan maut Covid-19 yang merekodkan 77,000 kes kematian dan hampir 1.3 juta kes jangkitan.

Berdepan dengan pilihan raya pada November depan, Presiden AS, Donald Trump tetap berjanji membuka kembali negara itu dan semakin banyak gabenor negara memberi kebenaran kepada sektor ekonomi untuk beroperasi secara berhati-hati.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 10, 2020 @ 6:00am
    d