global

VAT Arab Saudi dinaikkan tiga kali ganda

Oleh AFP

Riyadh: Arab Saudi akan menaikkan cukai nilai tambah (VAT) daripada lima peratus kepada 15 peratus.

Selain itu, pihak berkuasa menghentikan pemberian elaun bulanan rakyatnya yang bertujuan menangani kos sara hidup.

Menteri Kewangan mengumumkan perkara itu pada Isnin.

Langkah itu susulan kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi negara berkenaan.

Disiarkan pada: May 11, 2020 @ 10:31am
d