global

Perancis longgar perintah lockdown

Oleh AFP

PERINTAH lockdown mula dilonggarkan di Perancis dan Sepanyol, antara dua negara Eropah paling terjejas akibat Covid-19, pada Isnin.

Bagaimanapun, United Kingdom (UK) tidak mengikut langkah berkenaan.

Di Perancis, penduduk dibenarkan keluar rumah tanpa perlu mengisi borang khas, pertama kali dalam tempoh lapan minggu.

Sekolah rendah dan beberapa jenis perniagaan termasuk salun rambut kembali beroperasi.

Bagaimanapun, bar, restoran, teater dan pawagam belum dibenarkan berbuat demikian.

Penduduk Sepanyol sudah membuat rancangan bertemu rakan mereka di bar dan restoran yang mempunyai ruang makan terbuka.

Bagaimanapun, lockdown masih berkuat kuasa di Madrid dan Barcelona.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata, adalah terlalu awal untuk negara itu melaksanakan perkara sama.

"Tetapi, bukan masanya untuk menamatkan lockdown pada minggu ini," katanya.

Disiarkan pada: May 12, 2020 @ 6:00am
d