global

Ventilator meletup, lima maut

Oleh Agensi

Moscow: Lima pesakit Covid-19 di sebuah hospital di St Petersburg, Rusia terbunuh selepas mesin bantuan pernafasan terbakar, hari ini.

Agensi berita Interfax melaporkan, kebakaran berlaku di unit rawatan rapi (ICU) di hospital berkenaan yang menempatkan pesakit Covid-19.

Mereka membabitkan pesakit memerlukan bantuan mesin pernafasan.

Sumber berkata, kebakaran berpunca akibat mesin bantuan pernafasan itu yang digunakan terlampau lama.

Ia berikutan bilangan mesin bantuan pernafasan sangat terhad di hospital berkenaan.

Susulan kejadian, seramai 150 pesakit dipindahkan ke hospital lain.

Setakat semalam, berdasarkan worldometers, Rusia merekodkan 221,344 kes Covid-19 dengan 11,656 kematian.

Sabtu lalu, seorang terbunuh selepas selepas kebakaran di sebuah hospital di Moscow yang turut merawat pesakit Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 12, 2020 @ 4:07pm
    d