global

Jilin dikenakan 'lockdown' separa

Oleh Agensi

Beijing: Kerajaan China menguatkuasakan perintah 'lockdown' separa di Jilin, bandar timur laut China, pada Rabu.

Ia selepas satu kluster jangkitan Covid-19 dikesan di bandar itu sekali gus menimbulkan kebimbangan gelombang kedua penularan wabak berkenaan.

Susulan itu, sekolah diarah tutup, pengangkutan awam digantung operasi dan larangan perhimpunan awam dikuatkuasakan.

South China Morning Post melaporkan, perkhidmatan bas, kereta api dan perjalanan jarak jauh tidak dibenarkan.

Timbalan Datuk Bandar Jilin, Gai Dongping berkata, pihaknya tidak mahu menanggung risiko gelombang kedua penularan Covid-19 di bandar dengan empat juta penduduk itu.

"Ia untuk membendung penyebaran wabak ini," katanya kepada wartawan melalui sidang media secara maya, semalam.

Individu hanya dibenar meninggalkan Jilin jika disahkan negatif Covid-19, dalam tempoh 48 jam sebelum bertolak.

Gimnasium, pawagam, kafe Internet diarah tutup serta-merta.

Pasar pagi yang menjadi tumpuan penduduk tempatan membeli barangan keperluan juga ditutup mulai, semalam.

Media sebelum ini melaporkan terdapat satu kluster Covid-19 dikesan di pinggir bandar Shulan.

Jilin itu terletak dalam wilayah Jilin yang bersempadan dengan Rusia dan Korea Utara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 14, 2020 @ 3:55pm
    d