global

Covid-19: Angka kematian melepasi 300,000 seluruh dunia

Oleh BERNAMA

New York: Angka kematian akibat wabak Covid-19 seluruh dunia sudah melepasi 300,000.

Agensi XinHua melaporkan bahawa ia sudah mencecah 300,074 kematian berdasarkan data dikeluarkan Universiti John Hopkins.

Sementara itu, jumlah individu yang dijangkiti wabak itu seluruh dunia sudah mencecah 4,405,688.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara merekodkan angka kes tertinggi iaitu 1,400,500 dengan angka kematian 85,066.

Negara lain yang mencatat lebih 20,000 kematian adalah Britain, Itali, Sepanyol dan Perancis.

Manakala negara yang mempunyai lebih 200,000 kes termasuk Rusia, Britain, Sepanyol dan Itali.

Disiarkan pada: May 15, 2020 @ 9:23am
d