global

Covid-19: Kes di India atasi China

Oleh Agensi

New Delhi: Jumlah kes Covid-19 di India melepasi China dengan 3,787 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 85,940 kes.

Jumlah kes Covid-19 di China ialah 82,933.

Al-Jazeera melaporkan, peningkatan jumlah kes di India begitu ketara walaupun kerajaan mengenakan perintah 'lockdown' di seluruh negara bermula 25 Mac untuk mengekang wabak itu.

Kerajaan pusat dan negeri sedang menyediakan beratus ribu katil bagi pesakit yang dijangkiti dan berpuluh ribu katil bagi mereka yang mengalami sakit teruk.

Jumlah kematian akibat Covid-19 di India adalah 2,752 berbanding 4,633 kematian di China.

Antara negeri di India yang paling teruk terjejas adalah Maharashtra dengan 29,100 kes, Tamil Nadu (10,108 kes), Gujarat (9,931 kes) dan New Delhi (8,895 kes).

Perdana Menteri India Narendra Modi dijangka akan mengumumkan sama ada perintah 'lockdown' yang sepatutnya berakhir esok, akan dilanjutkan.

Sehingga esok, perintah itu sudah berkuat kuasa di negara itu selama 54 hari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 16, 2020 @ 4:05pm
    d