global

Bayi baru lahir positif Covid-19

Oleh AFP

Moscow: Seorang bayi baru lahir disahkan positif Covid-19 di wilayah Caucasus, Rusia dipercayai dijangkiti daripada ibunya, kata pegawai kesihatan dipetik oleh agensi berita TASS, semalam.

Kelahiran bayi itu di bandar Ossetia Utara, Beslan adalah kes kedua yang diketahui bayi lahir dengan positif Covid-19 di dunia selepas kes pertama di Peru, pertengahan bulan lalu.

"Di Ossetia Utara, wanita mengandung yang dijangkiti Covid-19 juga akan menjangkiti bayinya," kata jurucakap kementerian kesihatan wilayah dipetik TASS.

"Mereka sekarang berada di rumah dan keadaan mereka memuaskan, kata jurucakap itu.

Ketua Unit Materniti in hospital berkenaan, Hassan Tagaiev dipetik televisyen tempatan berkata, seramai 17 daripada 35 wanita yang bakal bersalin di hospital itu positif Covid-19.

Ketika ini, Rusia merekodkan lebih 280,000 kes koronavirus, iaitu kadar jangkitan kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Negara itu turut mencatatkan 2,631 kematian, namun angka itu dipertikai pihak tertentu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 18, 2020 @ 11:55am
    d