global

India lanjut perintah berkurung

Oleh Agensi

New Delhi: Kerajaan India melanjutkan tempoh perintah berkurung sehingga 31 Mei ini susulan peningkatan kes Covid-19 yang mencecah 90,000 kes.

Perintah itu juga akan menyebabkan pertembungan antara polis dan penduduk yang terjejas.

Portal aljazeera.com melaporkan, perintah itu sekali gus meneruskan penutupan sekolah, pasar raya dan lokasi tumpuan awam bagi mengurangkan jumlah kes, berdasarkan arahan daripada Kementerian Dalam Negeri.

"Arahan baru yang dikeluarkan membenarkan beberapa kelonggaran di kawasan terjejas," kata kementerian menerusi Twitter.

Perhimpunan besar masih dilarang namun di luar kawasan kes yang tinggi sudah boleh meneruskan semua aktiviti termasuk industri dan perdagangan.

Keputusan untuk menetapkan zon perlindungan wabak akan ditentukan pihak berkuasa tempatan.

India kini melaporkan jumlah kes lebih banyak daripada China sejak wabak itu mula merebak hujung tahun lalu.

Jumlah kematian setakat ini 2,872 kes dan India sudah melaksanakan perintah berkurung sejak 25 Mac lalu.

Ia menyebabkan krisis terhadap jutaan rakyatnya yang kehilangan punca pendapatan kerana tidak bekerja.

Dengan ketiadaan pekerjaan dan kekurangan perkhidmatan pengangkutan awam, ramai kini berpusu untuk pulang ke kampung halaman.

p>

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 18, 2020 @ 1:56pm
    d