global

Britain sasar Covid-19 selesai akhir Julai

Oleh BERNAMA

London: Setiausaha Perniagaan Britain Alok Sharman pada Ahad mengumumkan peningkatan pembangunan dan pengeluaran vaksin Covid-19.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri Britain, Boris Johnson kepada ahli partinya supaya negara itu kembali normal penghujung Julai ini, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap dalam sidang media harian, Sharma mengumumkan 33,636 meninggal dunia di seluruh United Kingdom dan meningkat kepada 170 orang dalam tempoh 24 jam.

"Kita perlu mencari vaksin yang selamat dan mampu berfungsi," katanya.

Beliau berkata, dalam fasa pertama ujian klinikal yang dijalankan Universiti Oxford, semua peserta sudah menerima dos vaksin awal minggu ini dan kini sedang dipantau.

Katanya, vaksin daripada Kolej Imperial London akan menjalani ujian klinikal pertengahan Jun ini.

Beliau berkata, kerajaan sudah memperuntukkan pelaburan £47 juta Pound Sterling (RM248 juta) untuk melaksanakan projek vaksin dan kini sudah mencecah £84 juta Pound Sterling (RM443 juta).

Sekiranya vaksin Oxford berjaya, ia akan dihasilkan dalam jumlah yang besar untuk digunakan rakyat Britain secepat mungkin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 18, 2020 @ 3:26pm
    d