global

Hobi hentak kepala

Oleh Agensi

Seoul: Seorang lelaki mempunyai hobi pelik dengan menghentak kepala dan badannya pada pokok setiap hari.

Lelaki bekerja sebagai tukang kasut itu sudah melakukan hobi itu sejak lima tahun lalu.

Spooky melaporkan, walaupun sedar hobi gila itu mampu menyebabkan kecederaan pada badannya namun itu tidak menjadi halangan.

Rakaman perbuatan pelik itu dirakam stesen televisyen Korea Selatan yang menerbitkan rancangan X SBS WOW pada April lalu.

Ketika krew penerbitan menemui lelaki itu, dia seperti biasa akan berjalan di lorong berdekatan kedainya setiap hari.

Selepas meregangkan badan beberapa kali, lelaki itu mula menghentak bahu pada pokok yang menjadi rutinnya.

Namun selepas 'sesi regangan' selesai, lelaki itu akan mula menghentak dahinya pada batang pokok sehingga luka.

Walaupun sedar dahinya mula berdarah, lelaki itu tetap meneruskan tindakannya.

Disiarkan pada: May 19, 2020 @ 8:31am
d