global

Raih dana RM 1.74 juta, veteran perang terima pingat Kesatria

Oleh AFP

London: Veteran askar British, Kapten Tom Moore akan dianugerahkan pingat kesatria selepas berjaya meraih dana hampir AS$40 juta (RM174 juta) untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Malah, Perdana Menteri Britain Borris Johnson turut menggelarkan veteran perang berusia 100 tahun itu sebagai 'beacon of light' ketika pandemik Covid-19.

Penganugerahan yang membawa gelaran Sir itu akan dikeluarkan secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II.

Moore meraih dana itu dengan berjalan 100 pusingan di tamannya sebelum sambutan ulang tahun ke-100 30 April lalu.

Pada mulanya, Moore berharap hanya meraih $1,200 (RM5,226) untuk disumbangkan kepada NHS sebagai ucapan terima kasih kerana merawatnya ketika menghidap kanser dan patah pinggang.

Bagaimanapun, jumlah dana yang diperoleh berlipat kali ganda, selepas usahanya mendapat perhatian di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Usaha pengumpulan dana yang dilakukan Kolonel Tom berjaya memecah rekod, sekali gus memberi inspirasi kepada seluruh negara.

"Beliau juga memberi 'sinar' kepada kita ketika berdepan koronavirus," kata Johnson ketika mengumumkan pemberian pingat itu, semalam.

"Bagi pihak semua terharu dengan kisahnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Beliau adalah harta negara yang sebenarnya," kata Johnson.

Moore dilahirkan yang dilahirkan di Keighley, West Yorkshire dianugerahkan Kolonel Kehormat oleh Batalion Pertama Regimen Yorkshire, pada Perang Dunia Kedua.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 20, 2020 @ 2:34pm
    d