global

EU kritik Donald Trump

Oleh BERNAMA

KESATUAN Eropah (EU) pada Selasa mengkritik tindakan Presiden Donald Trump yang mengancam untuk terus memotong dana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan menarik diri daripada badan kesihatan dunia itu, lapor agensi berita Xinhua.

Trump berkata demikian menerusi surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dan dimuat naik di Twitternya pada Isnin.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Eropah, berkata blok itu 'menyokong kerjasama antarabangsa dan penyelesaian multilateral dalam krisis ini - krisis pandemik'

"Sekarang adalah masa untuk bersatu. Bukan masa untuk menuding jari atau mencari kelemahan pihak lain serta mengganggu-gugat kerjasama multilateral," kata jurucakap itu.

"EU menyokong usaha WHO untuk membendung dan mengurangkan wabak Covid-19 serta sudah menyalurkan dana tambahan sebagai menyokong usaha ini," katanya.

"Kerjasama dan perpaduan seluruh dunia melalui usaha multilateral satu-satunya kaedah paling berkesan untuk memenangi pertempuran ini."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 20, 2020 @ 3:06pm
    d