global

Dilema lelaki berpoligami

Oleh Agensi

Kuwait City: Pastinya perintah berkurung memeningkan kepala suami yang mengamalkan poligami untuk memilih tinggal di rumah isteri yang mana sepanjang pelaksanaan perintah itu.

Itu dialami beberapa lelaki di Kuwait untuk mengatur pergerakan mereka.

Suami perlu memastikan masa mereka dibahagi sama rata untuk mengelakkan rasa cemburu antara isteri.

Portal Gulf News yang memetik laporan akhbar Al Rai melihat permasalahan ini dan fatwa berhubung isu ini ketika pelaksanaan perintah berkurung.

Ahli Jawatankuasa Fatwa dan pakar perundangan Dr Ahmad Al Hajji Al Kurdi berkata, keadilan dalam poligami terletak pada pemberian nafkah dan layanan yang baik.

Beliau berkata, ia bukannya cinta dan hubungan intim.

Menurutnya, suami yang mengamalkan poligami dan tinggal di salah satu rumah isterinya perlu memberikan isteri lain pilihan sama ada untuk menerima keputusan itu atau bercerai.

Pendakwah Hai Al Hai pula berpendapat mengatakan adalah wajib bagi suami terbabit membahagikan sama banyak masa dengan setiap isteri.

Namun, mungkin ada faktor tertentu pada ketika ini yang akan menghalang suami daripada berbuat demikian

"Jadi suami perlu bermalam dengan salah satu isterinya, dan isteri lain harus memahami keadaan itu," katanya.

Al Hai bagaimanapun berkata, berdasarkan mazhab Hanafi dan Syafie, suami harus menggantikan jumlah masa berkenaan kepada isterinya yang lain.

Disiarkan pada: May 23, 2020 @ 1:12pm
d