global

Covid-19: Indonesia catat 22,750 kes

Oleh BERNAMA

Jakarta: Kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 22,750, dengan 1,391 kematian.

Jurucakap Pemerintah Indonesia mengenai Covid-19 Achmad Yurianto berkata, sebanyak 479 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 19 lagi kematian turut direkodkan.

"Ketika ini, ada 12,342 pesakit yang diletakkan dalam pemantauan," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube.

Dalam pada itu, Gabenor Jakarta Anies Baswedan dalam sidang media sama berkata, Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Jakarta yang berkuat kuasa sehingga 4 Jun, akan dilonggarkan jika terdapat trend penurunan kes jangkitan.

"Jika kes tidak menurun PSBB akan disambung. Amat penting bagi warga Jakarta untuk tidak mengutamakan kepentingan peribadi bagi membolehkan aktiviti sosio-ekonomi dibuka semula dengan normal baharu," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 25, 2020 @ 9:22pm
    d