global

Penumpang 'masak' piza dalam pesawat

Oleh Agensi

LONDON: Lazimnya penumpang bergantung dengan hidangan di dalam pesawat untuk mengalas perut mereka terutama jika melalui penerbangan jarak jauh.

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang penumpang yang bukan hanya menyeludup piza, tetapi turut memanaskan makanan berkenaan dengan lampu di tempat duduk pesawat sebelum menikmatinya.

Mirror UK melaporkan tindakan itu nampak bijak sehingga gambar aksi lelaki berkenaan tular di laman sosial.

Gambar itu dipercayai diambil seorang penumpang di barisan belakang.

Penumpang berkenaan memuat naik foto berkenaan di Instagram dengan keterangan: "Selesai memanaskan sisa."

Perkongsian itu meraih lebih 8,300 tanda suka dan pelbagai komen daripada warganet mengenai teknik masakan lelaki berkenaan.

"Anda tidak boleh memperbaiki kebodohan," komen warganet.

Seorang lagi warganet meninggalkan komen: "Itu lampu LED dan ia tidak boleh memanaskan."

Bagaimanapun, seorang warganet tidak menolak kemungkinan kaedah itu berkesan berdasarkan pengalaman peribadinya.

"Tangan saya pernah melecur selepas menyentuh lampu berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: June 1, 2020 @ 6:01am
d