global

Pemimpin al-Qaeda terbunuh

Oleh AFP

PARIS: Tentera Perancis mendakwa membunuh ketua kumpulan Al-Qaeda di Islamic Maghreb (AQIM), Abdelmalek Droukdel.

Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly berkata, Droukdel dibunuh berhampiran di utara Mali, dekat sempadan Algeria, pada Khamis lalu.

Ia adakah lokasi yang sering berlaku insiden serangan serta penculikan warga barat.

"Banyak pihak yang mempunyai hubungan dengan kumpulan di situ turut dineutralkan," katanya.

AQIM bermula pada akhir 1990-an oleh kumpulan radikal di Algeria, yang pada 2007 turut menyatakan sokongan kepada Osama bin Laden.

Islamic Maghreb merujuk kepada negara seperti Libya, Algeria, Mauritania, Tunisia dan Maghribi.

Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan terhadap tentera dan orang awam termasuk hotel mewah dan restoran di Burkina Faso pada 2016.

Insiden itu mengorbankan 30 individu, yang sebahagian besarnya adalah warga barat.

Disiarkan pada: June 6, 2020 @ 11:55am
d