global

Patung beruang tumpang roller coaster

Oleh Agensi

‎CALIFORNIA: Disebabkan roller coaster perlu beroperasi setiap hari termasuk ketika perintah berkurung, pengurusan taman tema di San Diego menggunakan penumpang yang tahan virus untuk mengisi kerusi tunggangan itu, yakni patung haiwan.

Belmont Park ditutup sejak pertengahan Mac lalu kerana pandemik Covid-19 tetapi roller coaster, The Giant Dipper perlu terus beroperasi bagi mengelak jenteranya rosak.

Pengurus besar taman berkenaan, Steve Thomas berkata, kru penyelenggaraan bosan apabila perlu mengurus roller coaster berusia 95 tahun itu tanpa penumpang jadi mereka mula mengisi patung pelbagai karakter, sejak minggu lalu.

Ia digerakkan beberapa kali sehari dengan setiap tempat duduk ada patung seperti beruang yang sebelum ini menjadi hadiah buat permainan dalam taman tema itu.

Disiarkan pada: June 10, 2020 @ 6:01am
d