global

Lebih 180,000 dijangkiti Covid-19 di Iran

Oleh AFP

Tehran: Lebih 180,000 individu dijangkiti Covid-19 di Iran sejak ia pertama kali dikesan di negara berkenaan empat bulan lalu.

Sebaik angka berkenaan diumumkan, Presiden Hassan Rouhani menggesa rakyat Iran untuk terus mematuhi garis panduan ditetapkan bagi mengekang penularan virus itu.

"Jika semua orang mematuhi peraturan kesihatan, semua kerja akan dibuka semula.

"Kita menunjukkan kemajuan perlahan dan berperingkat kerana kita tidak mahu rakyat menyangka era virus ini sudah berakhir," katanya.

Jurucakap kementerian kesihatan, Sima Sadat Lari berkata, 2,238 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam membawa kepada angka keseluruhan 180,156 kes.

Dalam tempoh 24 jam juga, 78 kematian dicatatkan dengan keseluruhan 8,584 maut akibat pandemik ini.

Iran melaporkan kes pertama Covid-19 pada Februari lalu di bandar Qom yang membabitkan dua kematian.

Disiarkan pada: June 11, 2020 @ 8:39pm
d