global

Kematian global lepasi 425, 000 orang

Oleh AFP

Paris: Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat kepada 425,282 orang sejak pandemik itu bermula di China, akhir tahun lalu.

Terbaharu, jumlah itu membabitkan 7,632,517 kes yang dilaporkan di seluruh negara.

Eropah mencatatkan angka kematian paling tinggi iaitu 186,843 orang, daripada 2,363,538.

Ia diikuti Amerika Syarikat (114,643 orang) yang mengatasi Brazil dengan 41,828 kematian.

Selain itu, Britain turut mencatatkan angka kematian agak tinggi iaitu 41,481 orang diikuti Itali (34,223 orang) dan Perancis (29,374 orang) .

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 13, 2020 @ 11:27am
    d