global

AI ganti manusia jadi model di Jepun

Oleh Agensi

Tokyo: Teknologi digital di Jepun sangat menakjubkan sehinggakan model untuk produk tidak lagi menggunakan manusia, tetapi dicipta menggunakan Kecerdasan Buatan (AI)

Perkhidmatan ditawarkan oleh sebuah syarikat di Jepun itu, INAI Model atau ImageNavi AI Model bagi menggantikan model manusia.

Setiap 'model' menggunakan wajah manusia sebenar yang 'disewa' oleh INAI sebelum diubah suai.

Foto itu kemudian diproses melalui jaringan teknologi AI dan diubah ke titik di mana ia tidak lagi menyerupai yang asli.

Foto model buatan AI sudah boleh dibeli dari laman web INAI Model.

Idea di sebalik penciptaan 'model maya' itu sebenarnya tidak sesempurna manusia, tetapi memudahkan sesetengah syarikat yang tidak mahu mengaitkan jenama dengan personaliti individu.

Contohnya model penggunaan dadah, hubungan luar nikah atau skandal.

INAI Model itu dilaporkan dapat memproses berdasarkan gambar yang diberikan dalam tempoh singkat,

Bagaimanapun, syarikat itu mendedahkan tidak ada wajah terkenal yang akan diterima.

Ini juga mengehadkan penggunaan gambar stok untuk promosi produk dan perkhidmatan.

Foto model maya itu boleh dibeli dengan harga antara 20,000 hingga 33,000 yen (RM794 - RM1,192) bergantung pada resolusi gambar.

Semua model kelihatan seperti berusia 20-an, tetapi syarikat Jepun itu mengumumkan mereka juga menggunakan beberapa model yang lebih tua.

Penggunaan Model AI sebelum diperkenalkan sebagai penyampai berita di China, sebelum ini.

Disiarkan pada: June 16, 2020 @ 4:26pm
d