global

Chennai dikenakan 'lockdown'

Oleh Agensi

New Delhi: Chennai di selatan India dengan populasi 15 juta penduduk dikenakan perintah 'lockdown' selama 12 hari, mulai Jumaat.

Ia selepas kes jangkitan di ibu negeri Tamil Nadu itu melebihi 52,000.

Menerusi arahan terbaharu itu, semua kedai dan stesen minyak hanya beroperasi antara jam 6 pagi dan 2 petang.

Orang ramai hanya dibenarkan mengembara sejauh dua kilometer dari rumah mereka, kecuali untuk mendapatkan khidmat perubatan.

Dalam pada itu, data pihak berkuasa menunjukkan bahawa India merekodkan lebih 380,000 kes Covid-19, keempat tertinggi di dunia.

Ia sudah menyebabkan lebih 12,500 kematian di negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 19, 2020 @ 4:02pm
    d