global

Fenomena 'cincin berapi' di Afrika dan Asia

Oleh AFP

Paris: Fenomena gerhana matahari anulus yang dipanggil 'ring of fire' atau cincin berapi yang akan berlaku esok, yang dapat dilihat dari Afrika Barat hingga Semenanjung Arab, India dan selatan China.

Gerhana anulus ini berlaku apabila bulan berada selari antara bumi dan matahari, namun kedudukan bumi masih terlalu jauh dari bulan untuk melindungi matahari sepenuhnya menyebabkan bentuk cincin kelihatan.

Fenomena ini muncul setiap tahun atau dua tahun sekali, dan hanya boleh dilihat dari laluan sempit melintasi planet.

Menariknya, gerhana pada hari Ahad berlaku pada hari terpanjang di hemisfera utara tahun ini, iaitu musim panas Solstis - ketika kutub utara bumi condong paling tepat ke arah matahari.

'Cincin berapi' ini akan mula dapat dilihat di bahagian Timur Laut Republik Congo pada 5.56 waktu tempatan (4.56 GMT), beberapa minit selepas matahari terbit.

Ketika kejadian ini berlaku, beberapa kawasan akan bergelap selama selama satu minit dan 22 saat.

Fenomena ini akan melintasi dari Timur ke seberang Asia dan Afrika, serta mencapai tahap maksimum dengan lingkaran cahaya matahari sempurna di sekitar bulan yang boleh dilihat di Uttarakhand, India berhampiran sempadan Sino-India pada 12.10 waktu tempatan (6.40 GMT).

Bagaimanapun, penjajaran antara bumi, bulan dan matahari yang tepat hanya akan kelihatan dalam tempoh 38 saat.

Seorang astronomi dan pemerhati di Paris, Florenr Delefie berkata, gerhana anulus ini hanya kelihatan kira-kira dua peratus dari permukaan bumi.

"Ia seperti menukar lampu 500 watt kepada 30 watt. Cahayanya 'sejuk' dan anda tidak boleh melihatnya secara jelas," katanya kepada AFP.

Disiarkan pada: June 20, 2020 @ 12:04pm
d