global

Nelayan Indonesia hilang berhampiran Anak Krakatau

Oleh AFP

Jakarta: Sepuluh orang hilang selepas kapal yang membawa 16 nelayan terbalik di perairan Indonesia berhampiran gunung berapi Anak Krakatau.

Agensi mencari dan menyelamat Indonesia mengatakan kapal itu karam pada Khamis lalu selepas dilanda ombak kuat di selat Sunda.

"Enam mangsa berjaya diselamatkan semalam dan kami terus mencari 10 orang yang masih hilang hari ini," kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Muhammad Yusuf Latif kepada AFP, hari ini.

Kumpulan itu dikatakan cuba berenang ke Pulau Rakata yang berdekatan, katanya.

"Enam daripada mereka kembali ke kapal dan berjaya diselamatkan. Tetapi 10 yang lain terus berenang dan lokasi mereka masih belum diketahui," kata Latif.

Pasukan penyelamat memperluas pencarian mangsa hari ini.

Kemalangan kapal adalah perkara biasa di Indonesia, kepulauan Asia Tenggara yang dikelilingi sekitar 17,000 pulau, kerana standard keselamatan yang lemah.

Pada Januari lalu, 10 orang hilang selepas kapal yang membawa 20 pekerja migran ke negara jiran Malaysia terbabas di pesisir pulau Sumatera.

Disiarkan pada: June 20, 2020 @ 3:26pm
d