global

Indonesia catat 1,226 kes baharu Covid-19

Oleh Agensi

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 1,226 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 45,029 individu dijangkiti virus berkenaan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto berkata, terdapat 56 kematian dicatatkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan korban Covid-19 di Indonesia mencecah 2,429.

"Namun, terdapat juga peningkatan jumlah pesakit yang sembuh. Sehingga kini, 17,883 pesakit disahkan bebas daripada Covid-19 dan dibenarkan pulang," katanya.

Disiarkan pada: June 20, 2020 @ 5:22pm
d