global

Trump minta kurangkan ujian Covid-19

Oleh AFP

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dipercayai berseloroh dengan menggalakkan pegawai kesihatannya untuk mengurangkan ujian Covid-19 kerana ia

hanya akan meningkatkan penemuan kes baharu.

Trump mengakui melakukan beberapa kesilapan sehingga menyebabkan kenaikan kes Covid-19 di beberapa negeri namun ia dapat dijelaskan menerusi peningkatan ujian diagnostik.

Dalam perhimpunan pertama sejak penularan Covid-19 di negara berkenaan pada Mac, Trump memaklumkan kepada tetamu di Tulsa, Oklahama bahawa ujian yang dilakukan adalah 'serampang dua mata'.

AS yang merekodkan kematian dan kes paling tinggi berbanding negara lain setakat ini sudah menjalankan 25 juta ujian Covid-19 dan meletakkan negara itu pada tangga 20 teratas untuk perkapita.

"Ini tidak sepatutnya berlaku. Apabila anda melakukan lebih banyak ujian, anda akan menemui lebih ramai orang dan lebih banyak kes.

"Jadi saya maklumkan kepada orang saya (pegawai kesihatan) untuk mengurangkan ujian," kata Trump.

Ia sesuatu yang masih tidak jelas sama ada nada yang diluahkan Trump sekadar untuk menceriakan hadirin yang hadir atau dia benar-benar serius dengan gesaannya itu.

Bagaimanapun, Rumah Putih memaklumkan kepada AFP bahawa Trump sekadar bergurau kerana AS sudah mendahului negara lain dalam melakukan ujian dan berbangga kerana 25 juta ujian sudah dijalankan.

Covid-19 meningkat di beberapa negeri termasuk Oklahama dan pegawai kesihatan tempatan meminta Trump untuk menangguhkan sementara waktu perhimpunan berkenaan kerana kebimbangan berlakunya penularan.

Enam orang pasukan gerak kerja di Tulsa yang menjelang perhimpunan itu disahkan positif Covid-19 dan ia hanya beberapa jam sebelum Trump berkempen di atas pentas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 21, 2020 @ 12:04pm
    d