global

Korea Utara tak jadi serang

Oleh Agensi

Seoul: Korea Utara menangguhkan pelan 'tindakan ketenteraan' terhadap Korea Selatan.

Ia selepas Suruhanjaya Tentera Pusat mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh pemimpin negara itu, Kim Jong Un.

Al-Jazeera yang memetik laporan media rasmi Korea Utara KCNA berkata, mesyuarat itu diadakan secara telesidang.

"Ahli jawatankuasa 'mengambil kira perkembangan terkini' sebelum memutuskan untuk menangguhkan pelan berkenaan," kata laporan itu.

Hubungan kedua pihak semakin tegak sejak akhir-akhir ini selepas Korea Utara meletupkan pejabat perhubungan kedua-dua negara di Kaesong.

Selain itu, terdapat usaha daripada rakyat Korea Utara yang sudah melarikan diri ke Korea Selatan untuk menerbangkan belon membawa risalah propaganda ke negara asal mereka.

Korea Utara juga berdepan tekanan ekonomi apabila masih dikenakan sekatan di peringkat antarabangsa.

Disiarkan pada: June 24, 2020 @ 12:13pm
d