global

Singapura siar ucapan calon politik di televisyen

Oleh Agensi

Singapura: Bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ketika musim pilihan raya umum yang bakal menjelma, Singapura akan menyiarkan ucapan calon politik di televisyen.

Berita Harian Singapura melaporkan, bermula 3 hingga 7 Julai, rakyat Singapura boleh menonton calon-calon politik berucap dalam waktu utama siaran televisyen dengan siaran khas bagi kawasan undi dijadual berlangsung mulai jam 7 malam.

Dua siaran parti politik juga akan ke udara ketika musim pilihan raya ini iaitu pada 2 dan 9 Julai, yang dianggap sebagai Hari Bertenang.

Katanya, dengan rapat pilihan raya umum tidak dibenarkan, siaran politik di televisyen nasional menjadi platform penting bagi calon menyampaikan mesej mereka.

Rakaman bagi siaran itu akan bermula pada 2 Julai dan calon boleh memilih untuk bercakap dalam mana-mana bahasa rasmi iaitu Inggeris, Mandarin, Melayu atau Tamil.

Disiarkan pada: June 24, 2020 @ 7:23pm
d