global

Air wuduk pun boleh jual

Oleh Agensi

JAKARTA: Mungkin kerana desakan hidup, ada antara penjual dalam talian menjual air wuduk dengan harga sekitar Rp13,250 (RM4).

Liputan6 melaporkan, air wuduk sepatutnya bukanlah barangan yang seharusnya dijual beli, terutamanya ia mudah didapati di rumah masing-masing.

Perkara itu didedahkan seorang pengguna sosial media selepas melihat seorang penjual menawarkan air wuduk dengan harga Rp13,250 di platform e-dagang negara berkenaan.

Hantaran itu menarik komen netizen yang mengecam penjualan 'tidak masuk akal' itu dan ada antaranya juga teringin membelinya.

Penjual berkenaan juga turut menyenaraikan khasiat air wuduk itu dengan menyatakan ia boleh mencerahkan kulit wajah, membantu mengurangkan tanda penuaan, mencegah mengantuk dan membuatkan wajah basah.

Malah, penjual juga memberi jaminan air wuduk yang dijual adalah 100 peratus original dan akan mengembalikan wang sekiranya ia didapati palsu.

Disiarkan pada: June 27, 2020 @ 6:01pm
d