global

75,000 penduduk Barat Jepun diarah berpindah

Oleh AFP

Tokyo: Lebih 75,000 penduduk di barat Jepun diarah berpindah selepas akibat banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan hilang.

Agensi cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran peringkat tertinggi di Kumamoto dan Kagoshima di Pulau Kyushu.

Rakaman disiarkan stesen penyiaran tempatan menunjukkan kenderaan ditenggelami limpahan air sungai.

Sementara itu, beberapa jambatan turut dihanyutkan arus deras.

NHK pula melaporkan tiga individu hilang selepas runtuhan tanah menimbusi rumah mereka.

Dalam pada itu, Kyodo News melaporkan bahawa 75,000 penduduk di Kumamoto dan Kagoshima diarahkan untuk mengosongkan kediaman.

Perkhidmatan kereta api laju termasuk Shinkansen juga digantung operasi di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai kemalangan jiwa.

Disiarkan pada: July 4, 2020 @ 10:58am
d