global

Diburu 'gelek' di jambatan

Oleh Agensi

SURABAYA: Padah merakam video TikTok di tengah jambatan, tiga wanita di Indonesia kini menjadi buruan polis.

Tribune News melaporkan ketiga-tiga wanita yang juga berstatus ibu itu diburu selepas tularnya video mereka menari diiringi lagu Hindustan tular di aplikasi berkenaan.

Mereka dipercayai merakam video itu di tengah Jambatan Suramadu yang menghubungkan Surabaya dan Madura.

Polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya, Achmad Faisol Amir berkata, pihaknya mahu semua pihak terbabit dalam penghasilan video berkenaan memohon maaf.

Katanya, tindakan itu bagi memberi pengajaran kepada orang awam yang memberhentikan kenderaan di tengah jambatan secara sebarangan.

"Kami menyiasat individu terbabit berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di jambatan itu.

"Memberhentikan kenderaan di tengah jambatan adalah kesalahan kerana ia melanggar peraturan lalu lintas.

"Namun masih ramai pemandu melakukannya untuk mengambil gambar dan merakam video," katanya.

Difahamkan, Polis Tanjung Perak Surabaya meningkatkan kawalan di Jambatan Suramadu untuk memastikan tiada pemandu yang berhenti di situ.

Video berdurasi 17 saat itu tular di media sosial selepas ia dimuat naik di akaun TikTok, kelmarin.

Disiarkan pada: July 5, 2020 @ 6:00am
d