global

Covid-19: Kematian di Mexico kelima tertinggi

AFP

Mexico City: Mexico kini menjadi negara kelima dengan angka korban tertinggi akibat Covid-19.

Pada Sabtu, jumlah kematian akibat virus itu adalah 30,366 orang.

Ia sekali gus mengatasi angka korban di Perancis.

Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara paling terjejas, diikuti Brazil, Britain dan Itali.

Setakat ini, Mexico sudah merekodkan 252,165 kes Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 5, 2020 @ 12:28pm
    d