global

Gempa kuat landa persisiran Kepulauan Jawa

Oleh AFP

JAKARTA: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 melanda luar persisiran Kepulauan Jawa, Indonesia.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu dikesan 100 kilometer dari bandar Batang.

Ia membabitkan kedalaman lebih 500 kilometer.

Bagaimanapun, pihak berkenaan menganggarkan kemungkinan kecil gempa itu akan menyebabkan kerosakan atau kehilangan nyawa.

Pada 2018, gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 disusuli tsunami melanda Kepulauan Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 mangsa maut dan hilang.

Pada 2004, gempa bumi bermagnitud 9.1 melanda luar persisiran Sumatera pada 2004 menyebabkan tsunami dan mengakibatkan 220,000 orang meninggal dunia di rantau ini.

Ia termasuk 170,000 mangsa di Indonesia.

Disiarkan pada: July 7, 2020 @ 8:56am
d