global

Lockdown enam minggu di Melbourne

Oleh AFP

Melbourne: Penduduk melakukan pembelian panik sebagai persediaan perintah lockdown yang bakal dikuatkuasakan di bandar ini.

Ia akan berkuat kuasa selama enam minggu mulai tengah malam Rabu.

Sepanjang tempoh 24 jam sebelum ini, 134 kes baharu direkodkan di sini.

Angka itu amat kecil berbanding Amerika Syarikat (AS) atau Brazil, namun besar untuk Australia.

Rangkaian pasar raya terkemuka Australia, Woolworths sudah mengehadkan pembelian beberapa produk termasuk pasta, sayuran dan gula.

Restoran dan kafe akan beroperasi tetapi hanya untuk bawa pulang, manakala gimnasium, salun kecantikan dan pawagam kembali ditutup.

Penduduk perlu berada di rumah kecuali untuk bekerja, bersenam, mendapatkan khidmat perubatan dan membeli barangan keperluan asas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 8, 2020 @ 3:22pm
    d