global

Tak sempat dah...

Oleh Agensi

Los Angeles: Saluran CNN tidak sengaja tersiar imej wanita gelandangan membuang air besar di tepi pantai di Santa Monica di sini.

Ia ketika seorang wartawannya, Sarah Sidner membuat membuat lintas langsung dan mengulas mengenai pandemik Covid-19.

Rakaman itu menunjukkan beliau berkomunikasi dengan rakan setugasnya di New York berhubung jumlah jangkitan dan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Imej di belakang menunjukkan pemandangan pantai Santa Monica sebelum seorang wanita dipercayai gelandangan dilihat membawa beberapa beg plastik.

Wanita terbabit kemudian melondehkan seluar sebelum secara tiba-tiba membuang air besar.

Menyedari insiden itu, Sidner bertindak bijak dengan mengalihkan badannya untuk menutup imej wanita berkenaan.

Bagaimanapun, seperti biasa, ia menjadi perbualan warganet yang terkejut dan geli hati dengan imej berkenaan.

"Kebanyakan orang akan mencari tandas, jika tidak jumpa mereka akan mencari kawasan semak (untuk membuang air besar). Mengapa seseorang perlu membuang air air besar di depan kamera televisyen," kata seorang pengguna Internet.

Disiarkan pada: July 9, 2020 @ 11:37am
d