global

Lebih 12 juta dijangkiti Covid-19

Oleh AFP

PARIS: Lebih 12 juta kes jangkita Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan separuh daripada angka itu mewakili Amerika Syarikat (AS) dan Amerika Latin.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan AFP, sekurang-kurangnya 12,063,425 kes dengan 549,451 kematian dicatatkan, dengan angka berkenaan bertambah sekali ganda sejak 31 Mei.

Separuh daripada angka yang direkodkan sudah sembuh sepenuhnya.

AS adalah negara paling teruk terjejas dengan 3,055,101 kes dan 132,309 kematian, diikuti Brazil (1,713,160 kes; 67,964 kematian).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 9, 2020 @ 8:49pm
    d