global

Penerbangan ubat rindu!

Oleh Agensi

Taipei: Pandemik Covid-19 menyebabkan ramai terpaksa membatalkan percutian ke luar negara.

Ia selepas kebanyakan negara menggantung kebenaran operasi penerbangan antarabangsa dan menutup pintu sempadan.

Sehubungan itu, Lapangan Terbang Songshan di sini, memperkenalkan 'penerbangan olok-olok bagi mereka yang mahu merasai pengalaman berlibur.

Odditycentral.com melaporkan program berkenaan diadakan pada 2, 4 dan 7 Julai lalu.

Penumpang akan melalui prosedur sebenar untuk menaiki pesawat seperti mendaftar masuk untuk memasuki pesawat Airbus A330.

Mereka juga perlu melepasi pemeriksaan keselamatan, pengesahan identiti selain pelepasan imigresen.

Selepas memasuki pesawat, kru kabin akan memberikan penerangan termasuk prosedur penerbangan berkaitan Covid-19 sebelum pesawat 'berlepas'.

Kru juga akan menghidangkan snek dan kopi sebelum pesawat 'mendarat.'

Menariknya, lebih 7,000 orang mendaftar untuk menyertai program berkenaan.

Bagaimanapun, hanya sebilangan kecil individu dipilih untuk setiap program.

"Saya begitu teruja untuk mengembara ke luar negara namun disebabkan Covid-19, impian itu terpaksa ditangguhkan.

"Saya berharap pandemik ini segera pulih dan industri penerbangan kembali beroperasi seperti biasa," kata seorang peserta.

Disiarkan pada: July 10, 2020 @ 6:59am
d