global

Naya Rivera dipercayai sudah mati

Oleh AFP

Los Angeles: Bintang Glee, Naya Rivera dipercayai lemas selepas dilaporkan hilang di Lake Piru, dekat sini, sejak Rabu lalu.

Ia selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai pelakon terbabit.

Pada kejadian itu, Rivera dilaporkan hilang selepas menaiki bot yang disewa bersama seorang anak lelakinya berusia empat tahun untuk bersiar-siar di tasik itu.

Bagaimanapun, tiga jam kemudian, seorang saksi kemudian menemui bot itu terapung di tasik berkenaan.

Di dalamnya, mereka hanya menemui anak Rivera yang sedang tertidur.

"Anaknya memberitahu dia dan ibunya sebelum itu berenang di tasik berkenaan. Dia kembali ke bot tetapi Rivera tidak berbuat demikian," katanya.

Rivera sebelum ini membintangi Glee, drama bersiri popular mengenai sekolah tinggi di Amerika Syarikat selama enam musim sebelum ia berakhir pada 2015.

Rivera dan bekas suaminya berpisah pada 2018.

Dalam pada itu, dua bintang siri sama sebelum ini juga meninggal dunia.

Mark Salling membunuh diri pada 2018, beberapa minggu sebelum menunggu hukuman atas kesalahan memiliki pornografi kanak-kanak.

Cory Monteith pula meninggal dunia pada Julai 2013 kerana terlebih dos dadah dan alkohol.

Disiarkan pada: July 10, 2020 @ 9:25am
d