global

Pelitup muka bertatah berlian

Oleh Agensi

NEW DELHI: Selepas pelitup muka diperbuat daripada emas dan perak popular di India bulan lalu, kini pelitup muka bertatah berlian menjadi perhatian dalam kalangan mereka yang berkemampuan.

Peralatan perlindungan itu diperkenalkan sebuah kedai perhiasan di Surat, Gujarat India dan dijual dengan harga sekitar Rs4 lakh (RM22,692) dan Rs1.5 lakh (RM8,509).

Pemilik kedai barangan kemas, Dipak Choksi berkata, dia mendapat idea itu selepas pelanggan yang sedang membuat persiapan perkahwinan datang ke kedai dan meminta topeng unik untuk pengantin lelaki serta wanita.

"Jadi, kami menugaskan pereka kami untuk membuat pelitup muka bertatah berlian yang mampu dibeli pelanggan.

"Berlian tulen dan berlian Amerika yang juga dikenali sebagai Cubic Zirconia digunakan bersama emas untuk membuat pelitup muka ini," kata Choksi.

Pemilik kedai mengatakan kain yang digunakan untuk membuat base pelitup muka itu dipilih sesuai dengan keselamatan yang dikeluarkan kerajaan India dalam menghadapi Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 7:00am
    d