global

Isteri John Travolta meninggal dunia

Oleh Agensi

Los Angeles: Isteri kepada pelakon Hollywood, John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia selepas dua tahun bertarung dengan kanser payudara, pada Ahad.

The Sun UK melaporkan Kelly yang pernah membintangi 'Jerry Maguire' dan 'For Love of the Game' berusia 57 tahun.

Mendiang meninggalkan dua anak, Ella, 20, dan Benjamin, sembilan tahun.

Seorang lagi anak lelaki mereka, Jett meninggal dunia ketika berusia 16 tahun pada 2009.

Menurut satu kenyataan keluarga itu kepada majalah People, mereka meminta semua pihak menghormati privasi keluarga pada masa ini.

September lalu, John dan Kelly menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-18.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 2:20pm
d