global

UK wajibkan pakai pelitup muka di kedai, pasar raya

Oleh AFP

London: United Kingdom (UK) akan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kedai dan pasar raya di England, mulai minggu depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, perintah itu berdasarkan bukti bahawa langkah itu dapat mengekang penularan Covid-19.

Sebelum ini, UK sudah mewajibkan pemakaian pelitup muka untuk penumpang pengangkutan awam di England sejak 15 Jun.

Mereka yang ingkar berdepan hukuman denda sehingga 100 pound sterling (kira-kira RM535).

Penguatkuasaan perintah itu akan dilaksanakan oleh polis.

UK menjadi antara negara paling terjejas akibat Covid-19 dengan lebih 45,000 kes kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 14, 2020 @ 10:28am
    d