global

Hampir 15,000 rumah rosak

Oleh BERNAMA

Tokyo: Hampir 15,000 rumah dan bangunan kediaman rosak dalam banjir akibat hujan lebat di barat daya Jepun, lapor agensi berita Sputnik memetik NHK pada Selasa.

Hujan lebat yang berpanjangan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di banyak kawasan perumahan.

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 14,800 rumah rosak.

Angka korban akibat bencana alam itu, setakat ini, berjumlah 72 orang, sementara 13 lagi masih hilang.

Pada Isnin, Perdana Menteri Shinzo Abe melawat wilayah Kumamoto di pulau Kyushu dan berkata, kerajaan akan membantu pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi kerosakan disebabkan bencana itu.

Disiarkan pada: July 14, 2020 @ 5:19pm
d